Saturday, December 27, 2008

Update.

Assalamualaikum,

Bismillah hirrahman nirrahim.

wassalam

Wednesday, December 3, 2008

Kampungku di Port Dickson...

Assalamualaikum...

Pada hari Sabtu yg lepas 29 November 2008, diri saya serta keluarga pegi balik kampung Port Dickson atas sebab untuk menziarahi pak cik kami yg kemalangan semasa menyiapkan projek pebinaan dirumahnye, kemalangan camne? emm... kalau tidak silap kepingan kaca yg pecah daripada "sliding door" menusuk di kaki sebelah kiri dan kemudiannye kepingan kaca yg berat itu melipat kebawah yg menyebabkan daging dari kaki nya dicungkil keluar, ehehe... kalo tak silap cite die cemtula. Tapi mase saye tiba dirumah pakcik saya tu, die alhamdulillah sudah pun sihat & die kata sudah pun boleh buat kerja tapi "slow-slow la"...

Ok ini lah dia sedikit-sebanyak gambaran pandangan di kampung saya Port Dickson..
Itu ha, nampak kaki Pakcik Asyam berbalut.

Parit di hadapan.



Amin sepupu kecil.

Depan rumah.

Dihadapan rumah.

Tuesday, October 14, 2008

Berakhirlah pengembaraanku di bumi Kelantan...

Assalamualaikum,

Jadi setelah bincang demi bincang, mesyuarat demi mesyuarat sampai habes suara, umiku telah memutuskan untuk ku menamatkan pengajianku di bumi Kelantan Darul Naim...

Memang berat sungguh bagiku untuk meninggalkan rakan-rakan serta sahabat rapat yang senantiasa menemaniku semasa ku belajar di Kelantan, setelah beribu-ribu ujian pahit yang ku tempuhi besama mereka semua, pengorbanan dan jasa mereka membantu ku semasa ku mengaji al-Quran serta nasihat-nasihat dan memberiku semangat untuk ku istiqomah untuk belajar di situ tidak akan ku lupakan, tapi nak buat macam mane kan..Keputusan mesyuarat telah pun diputuskan.

I see memang sedih betu, rase macam nak nangis je, Jasa Ustz Khairi dan Ustz Ramli yang telah berkorban masa mereka untuk membentuk ku menjadi seorang insan yang soleh & bertaqwa serta membimbingku untuk memperbetulkan pendirianku yang tidak seberape betul ni sehingga menjadi lurus & elok,
tidak akan terlupus daripada ingatanku, semua jasa-jasa yang tidak terbalas akan ku ingat sampai bile-bile...

Tidak dilupakan kepada abang-abang senior yang telah meluangkan sedikit daripada mase mereka untuk bermuzakarah bersame ana tiap2 malam, juga Persatuan Iman & Amal yang abang Zul dirikan dan kemudiannya mengajak ana untuk memperbetulkan iman serta meningkatkan keimanan supaya akan timbulnye rase kemanisan didalam amal ibadatku...

Penglamanku semasa keluar dakwah bersama mereka tidak akan ku lupakan, langkah demi langkah semasa keluar dakwah besama mereka, ku harap akan mandapat keredhaan dari Ilahi.
Jauh ku berhijrah bersama merka dari Pekan Melor ke Kota Bharu sehinggalah kepenghujung malaysia yaitu Rantau Panjang, semua ujian yang ku tempuhi berasama mereka adalah asam garam kehidupan yang tidak akan lenyap daripada ingatanku yang tak seberape ni.

Jadi sebuah pertemuan pastilah diakhiri dengan perpisahan, kuharap pertemuan dan pepisahan ini mendapat rahmat dan kasih sayang dari Ilahi, dan jikalau ini adalah satu ujian maka kau terengilah kamar kesabaran ku, pergilah derita hadirlah cahaya...
ceyh, amek dari nasyid brothers siket.

Jadi kuharap hubungan silaturrahrahim serta hubungan persabatan kite semua berkekalan sampai bile-bile...

Salah dan silap kuharap diampunkan serta nak mitak halal makan minum lah, mane la tau tengah-tengah malam tu ana ade amek air buat minum dalam botol korang tu, hehe...
Kalau ade kate-kate ana yang tak kena ngan hati korang pastue kasar pulak tu ana mintak maap bebanyaklah..Mintak 0-0 dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi mulai esok ana akan memulakan pengebaraan baru, tak taulah kat mane tapi insyaallah akan ana lalu jalan diamana jalan itu akan membawa ana dijalan yang benar, INSYALLAH.

Jadi setakatakat ni sajalah,
sekian
Wassalam

Saturday, October 11, 2008

Laman wab Nasyid lame....

Tell the truth even it's hard...

Ha ni die, hari ni ana nak betau ade laman web plajar university mne ye, di dalam nye ade banyak koleksi Nasyid lame termasuklah nasyid "Persona Hati" yang ana kate kan semalam, boleh lah kalo nak dengar nasyid2 ni buat tenteram hati & jiwa atau nak dengar t ime2 bosan ke.

Ni dia "Tell the Truth even It's Hard "

oklah harap semua terhibur...

Thursday, October 9, 2008

Nasyid inspirasi

Assalamualaikum,

Ni nak kongsi sket, nasyid yg mntenteram kan jiwa serta mmpunyai maksud yang mendalam.
sampaikan ana sendiri dngar masuk dalam hati...
I see biar lah x sedap tapi maksud nasyid ni memamg menyedarkan diri kite, nak kate kan bhwa indah nya dunia ni hinggakan kite lalai, tapi dunia ni sebenarnye tempat persinggahan yang yg penuh dengan tipu daya serta sandiwara...
Di mane sebenarnye dunia ni tempat kite membuat persediaan untuk hari esok kelak bukannya untuk memburu darjat yg tinggi serta mengumpul harta yang banyak...
Tuhan kite sendiri pun tak halang untuk kite cari keperluan didunia ni tapi jangan lah berlebihan sampai jadi kite semua lalai untuk mengingatinya, sebenarnye rezeki sumenye telah ditetapkannya.

Ni nak kate untuk diri ana sendiri jugak, yang sokmo-sokmo mengejar dunia ni,
ana selalu leka dengan bmain dengan kotak hitam yang ade dekat tepi gambar bergerak tu.


Jadi insyallah cube lah kite renung ssame kat lirik nasyid ni yg mmbawa maksud yg mendalam...
kemungkinan, mne lah tau bleh jadi asbab hidayat pada umat seluruh alam.
Juga boleh menyedarkan diri kite.
insyallah
amin...




Album : Di Kala Hati Bercahaya
Munsyid : Nahwan Nur
Tajuk : Persona Hati


Pesona hati membara
di ruang kamar hatiku
betapa indahnya dunia
mempesona di jiwa

Terasa bagai di Syurga
gembira tiada terkira
Tanpa kukenali diriku siapa

Bulan dipagari bintang mentari sinari siang
persada indahnya alam mempesona... di jiwa
Dunia hanya pinjaman buat sementara cuma
menuju alam kekal selamanya

Insan hanyut dalam kegelapan tanpa arah dan haluan
dikaburi nikmat dunia sandiwara dan tipu daya

Insan lena dalam kepalsuan dialun mimpi memperdaya
tanpa mengenal dosa pahala hanya memburu nikmat dunia
Islam pedoman sepanjang jalan memancar cahaya ke serata alam

Suara Islam terus bergema menusuk jiwa membelai sukma
memadam bara dosa dan noda suci diri hidup bahagia
menerangi hidup manusia dari gelap karatnya dosa



Al-quran

Bismillah

Malam semalam adelah terbaca satu hadith tentang al-Quran dalam kitab Fazail Amal, ni dia:

Hazrat 'Abdullah bin 'Amr RAH meriwayatkan bahawa rasulallah SAW bersabda, "(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, 'Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat didalam ayat syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalh pada ayat terakhir yang kamu baca."
(Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah & Ibnu Hiban dalm sahihnya)


I see, skarang ni barula ana tau, memang betul lah apa yang dinasihatkan oleh Ustaz Ramli(usthafiz) "Baca al-Quran tu biarlah dengan tartilnya" ana asek2 baca laju sokmo tak tentu arah, tajwid sumenye aku tibai...Baca bukan main banyak tapi tajwid tak kena, rugi2.
Patutla makcik2 kat pondok Al-falahiah (tempat tarawikh) Banyak komplen pasal ana...
I see, Insyallah akan ana baiki bacaan al-Quran berserta dengan tartilnya.

okla, sesaje nak kongsi pengalaman serta nak sebar ilmu...

Wassalam

Wednesday, October 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Titik permulaan...

Assalamualaikum,
Bismillah hir rahman nir rahim..


Kejayaan manusia serta jin hanyasa lah di dalam agama islam,
apabila kita dapat taat perintah allah subhanahuwata'ala dan ikut serta istiqomah didalam sunnah nabi junjungan salallahualaihiwasallam..

''Allah menjanjikan orang yang beriman dan dan beramal soleh dikalangan kamu (wahai umat muhammad)Bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah- khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka khalifah-khalifah yang bekuasa...'' (an-Nur :55)