Thursday, April 24, 2014

Qada' dan Qadr

Assalamualaikum warahmatullah,

"Wamakaru wamakarAllah, wAllah hu khairul makiriin... "
(Kita merancang, Allah swt jua merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah adalah yg terbaik

Dalam kehidupan seharian kita pastinya ada peremuan jua perpisahan, seperti mana yg kita tahu, kisah di waktu nabi adam dipisahkan dgn siti hawa, alangkah sedihnya baginda, namun di jodohkan bertemu semula setelah; dicampak  diatas muka bumi atas godaan dan hasutan iblis laknatullah kerana memakan buah larangan di syurga...

Walau bagaimana pon setiap manusia mempunyai perasaan dan hati, kadang kala kita kehilangan orang yang kita amat sayangi itulah tandanya Allah sedang menguji kita, sejauh mana kita sayang kepadanya dan ingat kepadanya.

Untuk dijadikan cerita, sebenarnya saya baru sahaja kehilangan orang yang pernah menghiburkan hati saya dikala saya pernah jatuh dahulu... ianya berlaku dengan amat pantas, walau kami tidak pernah langsung bertemu muka, tapi jodoh kami hanya singkat... setiap hariku ukirkan senyuman tanda perpisahan, hati ini redha dengan ketentuan ilahi, sebenarnya Allah sedang merancang yang terbaik buat diriku...

Kadang2 bile teringat mesti rasa resah dalam hati, tak tenteram, tak tenang, sebak, sedih dan macam-macam lagi perasaan muncul, tapi apa kan daya... hatinya sudah Allah ketemukan dengan insan yang lebih layak... walau berjuta airmata jatuh kebumi, apabila Allah kata ianya bukan jodoh kamu, maka bukanlah ia jodoh kamu...

Penghibur adalah maksud nama diberi kepadanya yang diterjemah dalam bahasa melayu, dia sangat memahami, sopan perangainya, tetapi agak kasar pun ade jugak lah, biase la nakal2 sikit ;). Paras rupanya saya tak pandang langsung, tapi dengan kehadirannya waktu saya terluka amatlah mengubati. Tapi jangan disangka ubat adalah penyembuh selamanya, ianya mungkin boleh menjadi racun, apalah nasib diriku ini, memang kemudiannya menjadi racun pada hatiku, apakan daya itulah ujian yang tuhan maha pencipta yang menciptakan hati, sebenarnya dia mahu menguatkan lagi hati hambanya, dan beri lebih pengajaran pada hamba yang disayanginya...

Sebab tu lah saya masih tersenyum. Walau pun sedih, nangis malam-malam teringat, what's the point? Huhu...
Lawak la, laki pon nangis, actually saya dah banyak kali dilukai para hawa. Well saya bukan casanova yang menghancurkan maruah dan kehormatan wanita. Peace (0*0)v

Oraite nnti sambung la...