Friday, October 2, 2009

Sudahkah kita kenal Baginda s.a.w? Benarkah kita cintakan Baginda s.a.w.?

Assalamulaikum,

Saudaraku dan sahabatku yang dikasihi,

Bertaqwalah kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa. Antara tanda seorang itu bertaqwa kepada Allah s.w.t adalah cinta dia terhadap Rasulullah s.a.w. Cintailah Baginda dengan banyak membaca AlQuran. Kerana melalui AlQuran sahaja dapat kita benar-benar mengenal Baginda Rasulullah s.a.w.

Cuba kita tanya diri kita hari ini, sudahkah kita kenal Baginda? Benarkah kita cintakan Baginda? Apakah tandanya kita benar-benar cinta pada Baginda?

Rasululullah s.a.w. amat cinta pada umatnya. Ini tergambar dalam setiap pengorbanan yang telah Baginda buat semasa hidupnya. Hari ini saya ingin mengajak anda mengimbas kembali pengorbanan Baginda s.a.w sebagai tanda cintanya pada umat. Semoga kita juga dapat membuat satu pengorbanan dalam hidup sebagai tanda cinta kita pada Baginda s.a.w.

Saudaraku,

Marilah kita lihat bagaimana Rasulullah s.a.w. berkorban untuk memastikan Risalah tauhid sampai pada seluruh umat manusia. Marilah kita lihat bagaimana Baginda amat bersabar dan cekal dalam mengamalkan Islam dan menjalankan dakwah.

Baginda s.a.w telah menghadapi berbagai tentangan. Bermula dengan tentangan dari pakciknya sendiri Abu Lahab hingga penentangan orang-orang Musyrik terhadap semua orang Islam di Mekkah dan Madinah.

Abu Lahab lah antara orang pertama yang memberitahu setiap pelawat kota Mekkah agar tidak mendengar seruan baginda s.a.w, walaupun baginda s.a.w adalah anak saudaranya. Abu Lahab lah antara orang yang paling banyak mencerca dan memaki-hamun Rasulullah s.a.w dimana sahaja Rasulullah s.a.w berjalan. Isteri Abu Lahab pula bersungguh-sungguh menaburkan duri dan kotoran di mana sahaja Rasulullah s.a.w berjalan. Perbuatan buruk ini dicerca dan diancam oleh Allah s.w.t dalam surah Al-Lahab, ertinya: Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Saudaraku,

Apabila semakin ramai orang memeluk agama Islam, dan mereka tidak meninggalkan Islam mereka walaupun diseksa oleh orang-orang musyrik, maka orang-orang Quraisy Mekkah mula mengambil tindakan drastik.

Mereka membuat satu perjanjian di antara semua kabilah Quraish ketika tersebut, untuk memulaukan semua Bani Hashim kecuali Abu Lahab, sehinggalah Bani Hashim memulaukan sendiri baginda Rasulullah s.a.w. Pemulauan ini berjalan lebih dari dua tahun. Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman merasakan kesusahan dan kepayahan yang amat sangat sehinggakan beberapa kali mereka kebuluran kerana orang-orang Quraisy tidak mahu berjual beli dengan mereka. Pemulauan ini hanya berakhir apabila Allah s.w.t menghancurkan dokumen pemulauan yang mereka letakkan dalam Kaabah.

Apakah reaksi Rasulullah s.a.w terhadap segala tentangan ini? Adakah Rasulullah s.a.w bertindak ganas? Adakah Rasulullah s.a.w memerintahkan umat Islam agar menentang kembali dengan kekerasan dan pembunuhan?

Tidak!

Sebaliknya, Rasulullah s.a.w memerintahkan agar umat Islam bersabar menghadapi segala dugaan ini. Ini lah sifat yang sangat-sangat dituntut dalam Islam. Banyak kali dalam Al-Quran Allah s.w.t memerintahkan NabiNya agar bersabar, seperti ayat berikut yang bermaksud: Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).

Saudaraku,

Cuba kita fikir sejenak, Baginda dan sahabat telah diseksa, dianiaya dalam mengamalkan Islam dalam kehidupan. Tetapi sekarang adakah kita merasai sepertimana Baginda rasai?

Apakah sukar untuk kita mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian kita? Adakah kita dicerca, dihina diseksa seperti Baginda Nabi?

Lihatlah, bagaimana Baginda menghadapi cabaran. Baginda tidak kenal kesal, Baginda tidak kenal rungutan, Baginda tidak kenal dendam dan Baginda tidak kenal keganasan.Tetapi Baginda mengajar umatnya menempuh cabaran dengan kesabaran serta menadah tangan meminta pertolongan dari Allah s.w.t. Bukan itu sahaja bahkan Baginda terus membuat sumbangan dengan menabur bakti serta menolak segala kejahatan dengan kebaikan.

Inilah yang perlu disemai dalam diri dan keluarga kita. Didik keluarga kita untuk mencontohi Baginda Nabi. Ingatkan mereka bahawa Baginda Nabi s.a.w. telah banyak berkorban untuk kita. Ingatkan mereka bahawa ajaran Baginda Nabi kesemuanya membawa kesejahteraan. Cara kehidupan Baginda Nabi adalah manfaat untuk semua. Rahmat Baginda Nabi adalah untuk seluruh Alam ini.

Inilah salah satu pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk Rasulullah s.a.w. Pengorbanan dalam mendidik keluarga kita cinta pada Rasulullah s.a.w. Mendidik keluarga kita bahawa Baginda Rasulullah adalah pembawa rahmat dan kesejahteraan pada semua.

Semoga dengan pengorbanan ini, anak dan isteri kita akan cinta pada Rasulullah s.a.w. Dan dengan cinta ini, keluarga kita, terutama sekali anak remaja kita, akan berusaha mengambil Rasulullah s.a.w. sebagai contoh dalam kehidupan dan akhirnya mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi segala macam cabaran kehidupan masakini.

Allah s.w.t berfirman dalam akhir surah At-Taubah, ertinya: Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.

Wassalam

Raye, Update...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur pd Allah SWT dengan limpah kurnia rahimnya masih lg beri kesempatan ana tuk upadate blog ni, dah lebih kurang sebulan x update...Jadi kte masih lagi didalam bulan Syawal bulan kite meraikan kejayaan kte menempuh madrasah Ramadhan yg telah berlalu lebih kurang 2minggu yg lalu...Harapan supaya semua amalan semasa dibulan Ramadhan yg mulia diterima dan dpat Istiqomah melakukannya dibulan2 yg lain...

Bismillah hirahman nirrahim,
"Faman zuhziha aninnar waud hilal jannah faqod faz" - "dan keluarlah kamu dari neraka, masuk lah kamu ke dalam syurga, sesungguhnya kamu telah berjaya..."

Kejayaan kte yg sebenar ialah pabila kaki kite dapat menjejak kedalam syurga... Dan tiap2 hari kite didalam syurga ialah merupakan hari perayaan bg kejayaan kite setelah mne kite dapat tempuh segala ujian didunia ini, dapat taat semua perintah Allah dan ikut sunnah baginda SAW... InsyaAllah.

Jadi Raye tahun ni xde la meriah mne, tp dengan harapan agar amalan diterima smasa di dalam madrasah Ramadhan.. ok ni lah sdikit sebanyak gamba raye tahun 2009 ni...








Smoga kate2 yg ana kongsi td dapat diamal & disebarkan kepada semua org...
kalau ade salah silap tgur2 lah ye, jd semua yg baik drpd Allah SWT dan semua yg buruk adalah dari kelemahan diri ana sendiri...

SELAMAT HARI RAYE EIDUL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Wassalam.

Saturday, September 5, 2009

..:: Hakikat ::..

Assalamualaikum,

Indahnya dunia, tidak seindah Syurga...




Wasalam..

Menangis...

Assalamualaikum,

Marilah kita hayati kisah ini sebagai pedoman kita untuk menjadi umat yang diredhai oleh Allah swt.

Rasulullah bersabda:"Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah,bergugurlah dosanya bagai dedaunan jatuh dari pohonnya."

Ada seorang lelaki jatuh hati kepada seorang itu. Apabila keluar gadis itu untuk suatu keperluannya maka pergilah lelaki itu bersamanya.Sesampai di kampung yg sunyi,ketika semua orang telah tidur,lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Sigadis pun menyahut "Lihatlah apakah semua orang telah tidur semuanya?"

Lelaki itu pun memeriksa kawasan itu dan melihat sejenak. Dia mengira kehendak hatinya hendak dikabulkan. Segera dia menghampiri gadis itu dan berkata "Benar semua orang telah tidur. Lalu gadis itu bertanya, "Bagaimana pendapatmu tentang Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur?" Lelaki tersebut menjawab, "Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur." Gadis itu lalu berkata: "Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia yg sedang tidur lelap tidak melihat kita.Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti."

Dengan segera lelaki itu meninggalkan gadis tersebut kerana dia takut kepada Allah.Dia pulang ke rumah dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya "Apakah yg dilakukan oleh Allah kepadamu?"Lelaki itu menjawab: "Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu."

Di dalam golongan Bani Israel ada seorang lelaki abid yang miskin dan mempunyai ramai anak. Dia ditimpa kecelakaan sehingga tak dapat mencari rezeki lagi, lalu dia memerintah isterinya agar mencari rezeki. Isterinya pun pergi kesebuah rumah orang kaya lalu meminta sedikit makanan untuk keluarganya.

Orang kaya itu berkata,"Baiklah, tapi serahkan dirimu untukkku walau barang sebentar. "Perempuan itu terdiam dan segera pulang. Setibanya dirummah,anak-anaknya meminta makan. Hatinya tak tertahan. Lalu dia pergi berjumpa orang kaya itu lagi. Orang kaya tersebut bertanya,"Adakah engaku telah bersetuju dengan permintaanku?" Perempuan itu pun mengangguk.

Namun ketika berada dalam bilik yang sunyi, tubuh perempuan itu menggeletar seolah-olah seluruh anggota badanya hendak terlepas. Maka orang kaya pun bertanya: "Mengapakah engkau berlaku demikian?" Perempuan itu menjawab, "Sebenarnya aku takut kepada Allah." Berkata orang kaya itu, "Engkau telah takut kepada Allah bersama kefakiranmu. Maka semestinya aku lebih takut daripada engkau."Segera dihentikan keinginannya terhadap perempuan itu. Diberinya perempuan itu apa yang diminta. Dan perempuan itu membawa pulang nikmat yang melimpah sehingga keluarganya menjadi senang. Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa as : Katakan kepada fulan bin fulan, Aku telah mengampuni dosanya."Lalu Nabi Musa pun datang kepada orang kaya tersebuat dan memberitahunya. Dan orang kaya pun menceritakan apa yg telah berlaku.

Allah befirman: "Maka jangan engkau takut kepada maanusia dan takutlah padaku"(Quran :Al-maidah:44} Dalam ayat lain, surah Al Imran ayat 175 ,Allah berfirman,"Janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah padaku"

Pada suatu ketika, Umar bin Khatab jatuh pengsan semasa mendengar ayat al-Quran dibaca dan pada suatu ketika yg lain beliau mengambil sepotong kayu sambil berkata "sekiranya aku menjadi kayu tidaklah menjadi seperti ini dan sekiranya ibuku tidak melahirkan aku."

Beliau menangis teresak-esak. Air matanya mengalir membasahi pipi sehingga pada mukanya ada 2 garis bekas air mata. Sehingga Rasulullah pernah mengatakan,"Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kepada Allah swt "

Pada hari kiamat seorang hamba dipanggil. Oleh kerana amalan buruknya lebih banyak dia diperintahkan masuk neraka. Kemudian sehelai rambut dipipinya berkata,"Ya Tuhanku, utusanmu Muhamad telah bersabda "barangsiapa menangis kerana takut kepada Allah, maka Allah mengharamkan mata itu dalam neraka."Dan sesungguhnya aku telah menangis kerana takut kepada Allah. Lalu Allah mengampun dan menyelamatkan dia dari api neraka.

Manakala dihari kiamat didatangkan api yg bergemuruh sehingga menggetar seluruh hati umat. Nabi-nabi berkata, "nafsi-nafsi"{sendiri-sendiri} manakala Nabi saw berkata "umatku umatku"."Keluarlah api itu bagaikan gunung. Umat muhammad cuba menolaknya dgn berkata demi orang yg bersolat,org-org shidiq,orang-orang yg berpuasa dan yg orang-orang yg khusuk, kembalilah engkau wahai api."Api hendak membakar umat muhammad.Jibril menghampiri nabi dgn membawa segelas air sambil berkata:"Ambillah air ini dan percikkan ia ke api itu."Nabi percikkan air itu ke api.Lalu api itu padam.

Nabi menanyakan Jibril.."Air apakah ini?"Jibril berkata,"Itulah air mata umatmu yg menangis kerana takut kpd Allah."Rasullullah sering berdoa,"Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yg menangis kerana takut kpd Engkau sebelum air mata ini habis."Maka barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala dan rahmatnya,hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia,taat kpd Allah serta menjauhi maksiat."

Ayuh, sahabat-sahabat semua, keluarkan airmata mu untuk Allah SWT pada malam ini. Bangun untuk bersolat Tahajjud.

“Wahai orang yang berselimut, Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “tartil” (dengan bacaan yang terang jelas dan betul menurut ilmu tajwid)”(Surah al-Muzzammil: 1-4)

Dan dalam hadis Nabi, Rasulullah s.a.w. bersabda, mahfumnya, "Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. bersabda: Kerjakanlah qiam al-lail (sembahyang malam) kerana sesungguhnya ia amalan biasa dilakukan oleh orang-orang shaleh sebelum kamu dan sesungguhnya qiam al-lail itu mendekatkan diri kepada Allah, mencegah daripada membuat dosa, menghapuskan kejahatan-kejahatan, dan dapat menghindarkan daripada penyakit tubuh badan.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi)

Hukum Sembahyang Tahajjud

Pada asalnya hukum sembahyang Tahajjud adalah wajib berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Muzammil ayat 1-5 yang disebutkan terdahulu.

Berdasarkan riwayat Muslim, hukum sembahyang Tahajjud itu menjadi sunat selepas difardhukan sembahyang lima waktu sebagaimana riwayat daripada Aisyah RA ketika ditanya oleh Sa‘ad bin Hisham:

“Tunjukkan kepadaku bagaimana Rasullullah s.a.w. bersembahyang?”, Aishah menjawab: “Tidakkah engkau membaca ayat: Sa‘ad menjawab: “Ya! (aku membaca ayat berkenaan)”. Lalu Aishah berkata: “Sesungguhnya Allah telah memfardhukan sembahyang malam sebagaimana yang diperintahkan di dalam ayat pertama surah al-Muzzammil”. Maka Rasullullah s.a.w dan para sahabatnya menunaikan sembahyang malam itu selama dua belas bulan sehinggalah turun ayat terakhir dari surah yang sama dan menjadikan sembahyang malam itu sebagai tathawwu’ (amalan sunat) setelah ia difardhukan.

Walaupun sembahyang malam itu sebagai tathawwu’, sembahyang ini masih menjadi keutamaan dan mempunyai fadhilat yang besar berdasarkan sabda Rasullullah s.a.w:

Maksudnya: “Seafdhal-afdhal sembahyang sesudah sembahyang fardhu ialah sembahyang malam (Tahajjud).” (Hadits Riwayat an-Nasa’i)

Ayuh, kalau kita boleh menangis kerana asbab lain atau kerana makhluk, mengapa tidak kita menangis kerena takut kepada Allah SWT.

"Menangislah kamu sebelum mata kamu diambil dan tiada berguna lagi"

Ayuh....keluarkan airmata mu!

Ramadhan Kareem~
Wassalam.

Monday, August 31, 2009

Nikmat Ilahi...

Assalamualaikum,

Bismillah, Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana Allah SWT telah mengurniakan kan kepada kita dengan pelbagai ni'mat diatas muka bumi ini, andai kata jika kita hendak menghitung ni'mat² yg Allah beri, nescaya tidak akan mampu kite menghitung nya.
Allah SWT telah beri kia nikmat kesenangan, nikmat ketenangan, nikmat kebahagiaan dan banyak lagi nikmat yang Allah beri...Diantara semua nikmat² yang Allah SWT kurnia kan, nikmat yang paling berharga dan yang paling besar sekali ialah nikmat 'Keimanan', Apabila adanya iman didalam hati jiwa kita akan terasa tenang, Allah SWT telah bejanji bahawa barang siapa yang mati dengan adanya iman sebesar zarah didalam hati, Allah akan beri kita syurga besarnya 10kali ganda lebih besar daripada bumi ini, akan tetapi amat rugi lah bagi sesiapa yang mati tanpa adanye iman didalam hati kerana bau² dari syurga mereka tidak akan dapat hidu...

Keimanan para Sahabat² terdahulu sentiasa meningkat kekadang menurun...Tetapi iman umat Akhir Zaman bukan lah lagi meningkat atau menurun, akan tetapi ianya keluar dan masuk, dipagi hari beriman petang kufur...sebab ape? Kita sendiri tahu di zaman kita sekarang ini manusia banyak mngejar, mengumpul dan berlumba-lumba untk keduniaan semata2, kita semua lalai....Kita semua terkesan dengan dunia, ada keduniaan didalam hati kita, cara yang terbaik skali untuk kita mengubati hati kita ini ialah dengan m'ngorbankan harta, masa, diri kita ke jalan Allah SWT, perbanyakkan zikrullah amalan 300 pagi 300 petang hendaklah senantiasa dijaga, hadirkan diri kita ke majlis2 agama dan perbanyakkan sedekah...

Jadi apabila kita dapat amalkan semua perkara diatas InsyaAllah Nikmat iman akan terasa didalam hati...

Alhamdulillah ape yang ana kongsi ni dapatlah kita ambil i'tibar, amal, dan kemudiannya kita sampaikan kepada semua orang insyaAllah..

wassalam

Wednesday, August 12, 2009

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Assalamualaikum,


Ayuh marilah kita kenali akan Pencipta kita, Allah SWT dengan lebih dekat lagi.
Allah Al-Khaliq (Maha Pencipta)
Allah SWT menciptakan segala sesuatu di dunia ini dengan qudratNya, tetapi Allah SWT memperlihatkan kepada kita seolah-olah makhluk yang membuatnya. Padahal Allah SWT menciptakan alam semesta dan seluruh isinya ini hanya dengan mengatakan "kun" (jadilah) "fayakun" (maka jadi apa yang dikehendakkiNya), tanpa ada bantuan sedikit pun dari makhlukNya. Makhluk hidup yang diciptakan oleh Allah SWT sekitar 18,000 jenis, sedangkan makhluk yang bernama manusia saat ini berjumlah lebih kurang 6,784,370,550 +/- (http://www.worldometers.info.../) dan angka tersebut berubah-ubah setiap saat. Tetapi jika dibandingkan dengan jenis burung, maka jenis burung dua kali lebih banyak jumlahnya daripada manusia, sedangkan jumlah manusia dan jumlah jenis burung dibandingkan dengan jumlah jenis ikan, maka masih lebih banyak jumlah jenis ikan.
Allah SWT menciptakan ruang, dimensi dan waktu. Namun Allah SWT tidak boleh diukur dengan ruang, dimensi dan waktu. Allah SWT mampu membuat satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Allah SWT mampu membuat ribuan tahun di alam kubur tapi bagi orang yang beriman waktu itu hanya sesingkat seperti tidurnya seorang pengantin. Allah SWT Maha Tinggi tapi tidak boleh diukur dengan ketinggian, Maha Besar tapi tidak boleh diukur dengan panjang kali lebar. Allah SWT tidak boleh diukur dengan isipadu. Langit dan bumi tidak mampu menampung Zat Allah SWT, jika DIA menampakkan pada sebuah gunung, nescaya akan hancurlah gunung itu. Hanya pada hati orang beriman yang mampu menampung Zat Allah SWT.

Hanya Allah SWT yang mengetahui berapa banyak jumlah titisan air hujan yang jatuh ke muka bumi dan jumlah butir-butiran pasir di lautan. Hanya Dia yang mengetahui berat sebuah gunung, dan besarnya gunung itu tidak dapat menghalangi pandanganNya.
Sebijak mana pun manusia, samada seseorang itu cendikawan, professor atau ilmuwan, namun mereka hanya boleh meneliti apa yang nampak dari makhluk ciptaanNya. Mereka tidak lebih hanya bijak dari seorang petani yang buta huruf, namun ketika ditanya siapakah yang menciptakan dan mengatur tanah pertaniannya? Ia akan menjawap, "Allah SWT". Mereka yang katanya cendikiawan dan ilmuwan itu ternyata hanya mengenal makhluk semata-mata, tak pernah mengenal siapa yang menciptakan makhluk itu. Sebagaimana orang-orang kafir yang mempertuhankan sesuatu yang dapat dipegang, dilihat dan dibentuk.

Allah SWT berfirman, mahfumnya,
"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah oleh mu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah." [Qs al Hajj (22):73]

Seandainya seluruh manusia yang terpandai di dunia ini berkumpul untuk menciptakan sebutir beras sahaja, nescaya mereka semua tidak mampu melakukannya. Namun umat Islam hari ini masih bangga belajar dan mendapat gelaran dari ahlul batil (ini semua hanya keperluan dan bukan maksud hidup kita), percaya kepada teori Darwin, bahawa asal usul manusia berasal dari monyet atau kera. Padahal Allah SWT telah menjelaskan dalam Al-Quran bahawa nenek moyang manusia berasal dari syurga, makhluk yang gagah, Nabi Adam AS dan dari Ibu Hawa yang sangat cantik. Umat Islam saat ini lebih bangga memiliki seorang anak yang bergelar sarjana, professor, doktor, magistrate (macam citer P.Ramlee pulak!) daripada memiliki seorang anak soleh atau solehah, hafiz atau hafizah, alim atau alimah yang mana kelak akan mendoakan dan memberi syafaat untuk kedua orang tua dan keluarganya. (Allah SWT tidak melarang kita mencari dunia, tetapi jangan lupa akhirat kerana semua ini akan ditinggalkan, yang bernilai di sisi Allah SWT adalah Iman dan amal soleh).

Allah SWT menciptakan dan mengatur semua bintang-bintang dan planet-planet di langit berjalan diatas paksi masing-masing. Jika bumi ini keluar dari paksinya beberapa darjah sahaja, maka planet-planet di langit akan bertaburan. Allah SWT menciptakan matahari dan mengaturkan jaraknya dari bumi. Jika beberapa inci sahaja jarak bumi mendekati atau menjauhi matahari, maka bumi akan terbakar atau menjadi beku. Allah SWT menciptakan bulan, jika beberapa darjah sahaja ia keluar dari garisan peredarannya, maka air laut akan pasang atau akan surut tidak tentu hala sampai hari kiamat. Allah SWT mampu menerangi syurga tanpa matahari, kerana cahaya yang menerangi syurga berasal dari wajah-wajah para ahli syurga. Dan neraka itu gelap bukan kerana api neraka tidak menyala, tetapi kerana kegelapan wajah orang-orang yang diazab di dalamnya.
Alam semesta ini baru diketahui oleh manusia baru sekitar 4% pada langit pertama. Bagaimana dengan langit yang kedua sampai yang ketujuh, sedangkan jarak di antara langit itu adalah 500 tahun perjalanan. Orang-orang kafir sibuk membina roket atau space-craft dengan teknologi yang tinggi untuk mendarat ke bulan, tetapi orang -orang beriman hanya perlu belajar dengan Yang Menciptakan bulan. Orang-orang Islam takjub melihat hasil rekabentuk perindustrian orang-orang kafir, hanya dengan menekan suis sebuah pintu akan terbuka, sementara mereka tidak memperhatikan mulutnya yang secara otomatik terbuka ketika menyuapkan makanan, tanpa perlu menekan apa-apa suis. Mata akan selalu berkerdip bila ada habuk yang masuk atau bila melihat sinar cahaya yang menyilau, tanpa perlu perintah. Cuba kita bayangkan, apa akan terjadi bila mulut dan mata akan terbuka atau tertutup bila diprogramkan terlebih dahulu? Pasti haru-biru jadinya. Bagaimana dengan lidah manusia yang sama bentuknya, tetapi bahasa yang diucapkan berbeza-beza. Ini semua berlaku atas qudrat Allah SWT.
Jika manusia ingin membuat atau mencipta sesuatu yang hebat, seperti kereta, kapal terbang, roket atau sekali pun benda-benda yang tidak memerlukan teknologi canggih seperti batu-bata, atap genting dan sebagainya, maka manusia, memerlukan bantuan peralatan yang canggih seperti alat kimpalan, mesin-mesin robotik, komputer dan sebagainya, dan akan melibatkan ramai cendikiawan, karyawan, atau jurutera atau designer dan seumpamanya. TETAPI Allah SWT menciptakan makhlukNya dari sekecil-kecil ciptaanNya seperti virus, bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar sampailah ke makhluk sebesar-besarnya yang tak dapat diukur oleh alat ukur seperti seluruh sistem cakerawala di langit termasuk bulan, bintang, matahari, planet, lapisan langit, semuanya dicipta tanpa bantu peralatan pun, tanpa bantuan makhluk pun hatta tanpa bantuan "blueprint" pun. Itulah kebesaran Allah SWT. Misalnya telur ayam yang
berbentuk bulat lonjong. Makhluk didalamnya mula-mula mati (tidak bernyawa) dan akan keluar dari dalam telur walhal telur itu tiada berpintu. Bila keluar anak ayam itu berbulu, mempunyai cakar, paruh dan bersuara, padahal dulunya berbentuk bulat. Siapa yang memberikan makanan kepada anak ayam di dalam telur yang tiada berpintu itu, tiada satu lubang udara atau rekahan, dinding telur tertutup rapat?
"Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mengeluarkan mati dari yang hidup. (Yang memiliki sifat-sifat) demikian Dialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling." [Qs al An'am (6):95]

Allah SWT mampu menciptakan sesuatu dengan asbab, tanpa asbab, bahkan bertentangan dengan asbab. Manusia dilahirkan ke dunia ini asbab pertemuan seorang ayah dan ibu, namun ayah dan ibu tidak mampu memberikan pendengaran, penglihatan, fikiran dan perasaan. Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS tanpa ayah dan ibu, Siti Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam AS sendiri, dan Nabi Isa AS diciptakan tanpa seorang ayah, hal ini bertentangan dengan asbab.

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu melakukannya.


Wassalam...

Wednesday, August 5, 2009

Salam Syaaban

Salam Syaaban,

Secara ringkasnya ingin saya war-warkan disini supaya kita memperbanyakkan ibadat di bulan Syaaban ini dan tingkatkan ia secara maksimum tatkala Ramadhan nanti.

Ayuh, kita suburkan Iman kita dengan Ibadat yang Ikhlas kerana Allah SWT. Ulama' berkata Iman penting untuk kita perbaiki, supaya Ibadat dapat dilakukan secara sempurna. Bagaimana nak tingkatkan Iman? Hanya melalui Dakwah. Bila tiada Dakwah, Iman akan kurang dan secara langsungnya Ibadat akan jauh ketinggalan.

Ayuh kita meriahkan Taman-Taman Syurga bermula hari ini.