Assalamualaikum,
Jadi setelah bincang demi bincang, mesyuarat demi mesyuarat sampai habes suara, umiku telah memutuskan untuk ku menamatkan pengajianku di bumi Kelantan Darul Naim...
Memang berat sungguh bagiku untuk meninggalkan rakan-rakan serta sahabat rapat yang senantiasa menemaniku semasa ku belajar di Kelantan, setelah beribu-ribu ujian pahit yang ku tempuhi besama mereka semua, pengorbanan dan jasa mereka membantu ku semasa ku mengaji al-Quran serta nasihat-nasihat dan memberiku semangat untuk ku istiqomah untuk belajar di situ tidak akan ku lupakan, tapi nak buat macam mane kan..Keputusan mesyuarat telah pun diputuskan.
I see memang sedih betu, rase macam nak nangis je, Jasa Ustz Khairi dan Ustz Ramli yang telah berkorban masa mereka untuk membentuk ku menjadi seorang insan yang soleh & bertaqwa serta membimbingku untuk memperbetulkan pendirianku yang tidak seberape betul ni sehingga menjadi lurus & elok,
tidak akan terlupus daripada ingatanku, semua jasa-jasa yang tidak terbalas akan ku ingat sampai bile-bile...
Tidak dilupakan kepada abang-abang senior yang telah meluangkan sedikit daripada mase mereka untuk bermuzakarah bersame ana tiap2 malam, juga Persatuan Iman & Amal yang abang Zul dirikan dan kemudiannya mengajak ana untuk memperbetulkan iman serta meningkatkan keimanan supaya akan timbulnye rase kemanisan didalam amal ibadatku...
Penglamanku semasa keluar dakwah bersama mereka tidak akan ku lupakan, langkah demi langkah semasa keluar dakwah besama mereka, ku harap akan mandapat keredhaan dari Ilahi.
Jauh ku berhijrah bersama merka dari Pekan Melor ke Kota Bharu sehinggalah kepenghujung malaysia yaitu Rantau Panjang, semua ujian yang ku tempuhi berasama mereka adalah asam garam kehidupan yang tidak akan lenyap daripada ingatanku yang tak seberape ni.
Jadi sebuah pertemuan pastilah diakhiri dengan perpisahan, kuharap pertemuan dan pepisahan ini mendapat rahmat dan kasih sayang dari Ilahi, dan jikalau ini adalah satu ujian maka kau terengilah kamar kesabaran ku, pergilah derita hadirlah cahaya...
ceyh, amek dari nasyid brothers siket.
Jadi kuharap hubungan silaturrahrahim serta hubungan persabatan kite semua berkekalan sampai bile-bile...
Salah dan silap kuharap diampunkan serta nak mitak halal makan minum lah, mane la tau tengah-tengah malam tu ana ade amek air buat minum dalam botol korang tu, hehe...
Kalau ade kate-kate ana yang tak kena ngan hati korang pastue kasar pulak tu ana mintak maap bebanyaklah..Mintak 0-0 dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.
Jadi mulai esok ana akan memulakan pengebaraan baru, tak taulah kat mane tapi insyaallah akan ana lalu jalan diamana jalan itu akan membawa ana dijalan yang benar, INSYALLAH.
Jadi setakatakat ni sajalah,
sekian
Wassalam
Pesona hati membara
di ruang kamar hatiku
betapa indahnya dunia
mempesona di jiwa
Terasa bagai di Syurga
gembira tiada terkira
Tanpa kukenali diriku siapa
Bulan dipagari bintang mentari sinari siang
persada indahnya alam mempesona... di jiwa
Dunia hanya pinjaman buat sementara cuma
menuju alam kekal selamanya
Insan hanyut dalam kegelapan tanpa arah dan haluan
dikaburi nikmat dunia sandiwara dan tipu daya
Insan lena dalam kepalsuan dialun mimpi memperdaya
tanpa mengenal dosa pahala hanya memburu nikmat dunia
Islam pedoman sepanjang jalan memancar cahaya ke serata alam
Suara Islam terus bergema menusuk jiwa membelai sukma
memadam bara dosa dan noda suci diri hidup bahagia
menerangi hidup manusia dari gelap karatnya dosa